Awasi Email dari Maybank!















Adakah anda menggunakan kemudahan Maybank2u? Pernah menerima email dari Maybank?

Jika ya, anda perlu berhati-hati, kerana besar kemungkinan email itu bukan dari pihak Maybank.

Saya pernah terima email kononya dari pihak maybank yang meminta saya untuk memasukkan username & password untuk tujuan kemaskini dan macam-macam lagi. Klik atas gambar untuk lihat skrin lebih besar. Anda cuba lihat ayat yang ditulis di situ. Ejaan "because" jadi "becouse". Tak kan la pihak Maybank nak buat silap sesimple itu, nampak sangat penipu...

AWAS! Jangan login kerana jika anda berbuat demikian, pentadbir web tersebut akan dapat tahu username dan password anda. Ketahuilah saudara, bahawa pihak Maybank tak akan hantar email kepada pelanggannya jika ada masalah, mereka akan call atau pun hantar mesej melalui akaun maybank2u.

Lagi satu, akaun M2U saya tiada masalah, tetiba ja dapat email ni, setahu saya pihak maybank tak akan hantar email macam ni untuk tujuan support, biasanya kita yg kena call atau ke maybank cawangan terdekat. Tipu lagi...

Jadi awas, jangan jadikan diri anda sebagai mangsa penipuan cyber ini.

Terima kasih

Avira Antivirus 9.0 - Percuma

















Salam semua,

Antivirus Avira baru saja melancarkan versi 9.0, ada versi percuma dan premium. Bagi anda yang masih tercari-cari antivirus percuma, boleh cuba antivirus ni, so far ok. Kalau yang dah pakai version 8.0, boleh upgrade ke version 9.0, free jer, tak kena bayar apa-apa pun.
Terima kasih

Macam mana nak buat reflect imej?

Salam semua,


Pernah tengok tak gambar yang cantik-cantik dalam website, ada yang ada border, ada shadow, ada reflection dan lain. Semua tu mudah jer kalau kita cuba cari servis nyer dalam internet. Petang tadi saya surf punya surf internet, terjumpa servis yang simple ni, tapi hasilnya memang amazing. Kalau nak buat kat Adobe Photoshop, bukan senang, tapi dengan adanya servis cam ni, ia cukup mudah semuadah 123..
















Kat atas ni contoh gambar yang mempunya reflection, amacam cantik tak? Reflection ni biasanya sesuai kita buat untuk gambar kecil, seperti logo, arrow dll. Ok lah, tanpa lengah lagi, jom kita cuba.

Nak buat reflection, klik kat sini...




















Bila anda klik link kat atas ni, paparan skrin di atas akan dipaparkan.

Langkah2:

a. Klik butang browse dan pili fail gambar yg. dikehendaki
b. Klik butang generate
c. Klik butang download untuk anda save gambar yang telah siap ada reflection.

Tu jer, mudah kan... Selain tu, anda boleh set kan saiz reflection dekat "reflection size", besar mana yg. anda kehendaki.

Harap dapat manfaat dari ilmu yg. kecik ni.

Terima kasih

Macam mana nak capture imej dari video?




















Salam semua,

Munhkin ada yang nak capture gambar dari video tapi tak dapat. Bila capture dan save hasilnya adalah gambar kosong (biasanya hitam).

Sebenarnya kita boleh capture gambar dari video dengan mudah, tanpa menggunakan sebarang perisian tambahan, tapi kena tau caranyer cam ner... Jom kita tengok kat bawah ni cam ner cara dia...

Buka Window Media Player
Klik menu Tools > Options
Pilih Tab Performance
Lihat bahagian bawah dan klik butang Advanced
Uncheck “Use Overlays’
Click Ok

Itu sajee...

Sekarang run video anda, pause dan klik butang print screen, paste pada mana perisian grafik (paint, adobe photoshop etc.) Lepas tu save file gambar anda, siappp...Mudah bukan!!

Terima kasih

XPDC Mencari Tongkat Ali...

Salam semua,

Pada 22 Mac 2009 adalah hari paling sejarah dalam hidup kerana telah berjaya menjejaki sendiri pokok Tongkat Ali dalam hutan rimba di atas bukit dekat Relau P.Pinang. Wow...satu pengalaman yang amat menyeronokkan.Sebelum ni cuma dengar cerita pasai Tongkat Ali cam tu jer, tak pernah tengok pun, apatah lagi nak kenal rupa paras pokoknya, lagi la tak pernah.Sebelum ni dok makan pil Tongkat Ali yg. telah di tabletkan jer, tak pernah makan yg. original, akar yg. asli. Tapi, semalam, dah berjaya masuk hutan dan cari pokok tu sendiri.

Rupanya bukan senang nak cari pokok tu, hampir 20 minit mencari dalam hutan tu, setelah jumpa tapak pelanduk, selepas jumpa laluan babi hutan 2 kali dan terserempak dengan tedung selar semasa dalam perjalanan, baru berjaya jumpa 1 pokok Tongkat Ali, tu pun kecik jer.Walau pun kecik, nak cabutnya bukan senang, sebab akar tunjang dia panjang ke dalam tanah. Kena bagi yang pakar baru boleh cabut. Tapi, saya dapat jugak cabut 1 pokok, jadilah....

Bermula jam 9.00 masuk hutan sampai lebih kurang 12.30 t/h, lebih kurang 3 jam, kami berjaya jumpa 5 pokok Tongkat Ali termasuk yang kecil/anak pokok.Satu anak pokok Tongkat Ali saya cabut dan cuba tanam kat rumah, kot-kot tumbuh, nanti tak payah dah masuk hutan. Orang kampung Relau tu kata boleh hidup, cuba jer lah... Setakat ni tak der la lagi nak jual tongkat ali secara online, sebab tgk susah nak dapat sumber nyer...

Kat bawah ni ada gambar, jom kita tengok...


































Esok baru nak potong akar tu dan nak jemur, pastu baru campur dengan air panas dan minum parti yang asli...mesti powerrrr....

Terima kasih

Wallpaper Calendar untuk Mac 2009!

Salam semua,

Sedar tak sedar dah nak masuk bulan Mac 2009, cepat betoi masa berlalu. Di bawah ni adalah calendar wallpaper yang anda boleh download dengan PERCUMA. Klik atas gambar utk. download.

































































Terima kasih kerana download calendar pilihan anda.
TQ

Ulasan Pensyarah USM mengenai ebook RMAN


Assalamualaikum semua,

Baru-baru ni saya menerima tempahan ebook "Rahsia Mudah Akad Nikah" dari seorang pensyarah muda USM, yang bakal melangsungkan perkahwinannya tahun ini. Berikut saya paparkan ulasan beliau mengenai ebook tersebut.

Tahniah kepada penulis ebook Rahsia Mudah Akad Nikah!!!!

Ilmu digital! Itulah yang saya boleh ungkapkan dalam kaedah penerbitan ebook ini yang agak jarang dan masih asing dalam kelompok masyarakat kita secara keseluruhannya. Namun, dalam kesibukan kita mengejar dan memenuhi tuntutan kerjaya, ebook merupakan suatu wadah bacaan yang mudah untuk didekati.

Rahsia Mudah Akad Nikah ini sebenarnya memberikan suatu pendedahan awal tentang tatacara persediaan perkahwinan. Secara peribadi saya berpendapat ebook ini tidak sekadar memaparkan peristiwa akad nikah semata-mata, tetapi merangkumi skop yang lebih luas. Ebook ini telah menunjukkan segala prosedur perkahwinan yang perlu diikuti sekarang (pada saya ia adalah prosedur yang agak rumit). En.Meor sebenarnya telah melakukan penyelidikan terhadap prosedur-prosedur tersebut dan memuatkannya dalam ebook ini. Melalui penggunaan bahasa yang mudah dan bersahaja (sesetengahnya mengatakan bahasa yang ‘sempoi’), prosedur-prosedur itu kelihatan agak mudah difahami.

Selain itu, gambaran peristiwa semasa akad nikah dijalankan dipaparkan dengan begitu menarik. Ebook ini bukan sahaja memaparkan secara deskriptif, tetapi juga terkandung segala nasihat, peringatan daripada penulis yang telah sedia berpengalaman melalui peristiwa tersebut. Daripada ebook ini kita akan sedar bahawa terdapat pelbagai ragam para pengantin lelaki dan juga ‘Tok Kadi’ yang bakal ditemui di hari bersejarah itu nanti.

Di sini saya ingin mencadangkan agar di masa hadapan En.Meor dapat menyelitkan temubual ringkas dengan pesara-pesara Kadi (kalau kadi yang sedang berkhidmat mungkin agak susah) atau pihak-pihak yang terlibat dengan akad nikah. Mungkin mereka boleh berkongsi pengalaman, tips, panduan dan sebagainya. Pastinya ebook ini akan lebih holistik lagi.

Walau apapun, ebook ini merupakan suatu suntikan informasi, semangat dan pencetus kesedaran diri untuk lebih bersedia terutama yang baru ‘pertama kali’ untuk akad nikah.

Terima kasih dan tahniah!

Daripada
Dr. Mohamad Luthfi

Demikianlah ulasan beliau, jadi jika anda nak tahu detail mengenai ebook tersebut, layari

http://www.nikahkahwin.com/ sekarang!

Terima kasih